definisi wartawan dan jenis kewartawanan

Monday 26 March 2012


Kewartawanan bermaksud proses atau usaha mengumpulkan bahan, menulis, menyunting dan menerbitkan bahan-bahan samada dalam akhbar,majalah, televisyen dan radio. Wartawan pula ialah orang yang bertugas dalam bidang kewartawanan. Jenis- jenis kewartawanan terdiri daripada kewartawanan cetak, elektronik dan media baru. Kewartawanan cetak adalah pengumpulan bahan, kemudian menulis dan menerbitkan dalam akhbar, majalah, risalah, buku dan sebagainya.
Kewartawanan elektronik pula merujuk kepada proses pengumpulan, penulisan dan penerbitan bahan dalam televisyen dan radio. Kategori ini juga termasuklah media elektronik seperti filem, CD, DVD serta alat-alat elektronik paling terbaru sekarang. Media baru muncul dengan kedatangan teknologi-teknologi baru seperti internet, maka kita dapat menikmati faedah media massa berteknologi tinggi, bukan sahaja lebih cepat daripada media massa konservatif tetapi juga mempunyai julat yang meluas. Telefon bimbit, komputer dan internet selalu dirujuk sebagai media baru. Internet terutamanya membuka peluang-peluang baru untuk komunikasi massa lain yang mana meningkat pada masa sekarang.

0 comments:

Post a Comment