Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menggariskan peraturan yang harus diikuti semua
wartawan di negara ini, iaitu:
wartawan di negara ini, iaitu:
1. Laporan berdasarkan kebenaran.
2. Mempertahankan kebebasan mencari dan mencetak secara jujur.
3. Laporan berdasarkan fakta dan sumber yang jelas dan sah.
4. Cara jujur mendapatkan berita, gambar dan dokumen.
5. Sanggup menyiarkan kembali kenyataan benar jika berlaku kesilapan.
6. Mempertahankan hak sumber jika enggan mendedahkan diri.
7. Elak daripada laporan berbentuk tiruan, fitnah, tohmah, tuduhan tidak berasas, dan
menyembunyikan sesuatu untuk kepentingan diri.
8. Tidak tunduk kepada sebarang tekanan, paksaan atau ancaman.