Ciri-Ciri Wartawan

Monday 26 March 2012

 
Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menggariskan peraturan yang harus diikuti semua 

wartawan di negara ini, iaitu:

1.  Laporan berdasarkan kebenaran.

2.  Mempertahankan  kebebasan mencari dan mencetak   secara   jujur. 

3.  Laporan berdasarkan fakta dan sumber yang jelas dan   sah. 

4.  Cara jujur mendapatkan berita, gambar dan dokumen.

5.  Sanggup menyiarkan kembali kenyataan benar jika   berlaku   kesilapan.

6.  Mempertahankan hak sumber jika enggan mendedahkan   diri.

7.  Elak daripada laporan berbentuk  tiruan, fitnah, tohmah,   tuduhan tidak berasas, dan 

menyembunyikan   sesuatu  untuk kepentingan diri.

8.  Tidak tunduk kepada sebarang tekanan, paksaan atau   ancaman.

definisi wartawan dan jenis kewartawanan


Kewartawanan bermaksud proses atau usaha mengumpulkan bahan, menulis, menyunting dan menerbitkan bahan-bahan samada dalam akhbar,majalah, televisyen dan radio. Wartawan pula ialah orang yang bertugas dalam bidang kewartawanan. Jenis- jenis kewartawanan terdiri daripada kewartawanan cetak, elektronik dan media baru. Kewartawanan cetak adalah pengumpulan bahan, kemudian menulis dan menerbitkan dalam akhbar, majalah, risalah, buku dan sebagainya.
Kewartawanan elektronik pula merujuk kepada proses pengumpulan, penulisan dan penerbitan bahan dalam televisyen dan radio. Kategori ini juga termasuklah media elektronik seperti filem, CD, DVD serta alat-alat elektronik paling terbaru sekarang. Media baru muncul dengan kedatangan teknologi-teknologi baru seperti internet, maka kita dapat menikmati faedah media massa berteknologi tinggi, bukan sahaja lebih cepat daripada media massa konservatif tetapi juga mempunyai julat yang meluas. Telefon bimbit, komputer dan internet selalu dirujuk sebagai media baru. Internet terutamanya membuka peluang-peluang baru untuk komunikasi massa lain yang mana meningkat pada masa sekarang.

~searching 4 da journal of journalist~

Friday 16 March 2012

bismillahiramanirahim...
first...quite hard 4 me to search this kind of topic "challenges of types of journalism to the field"....
humm...cbran wartawan....
let see...can i find it...
"hope 4 da best n i can finish it very well...n im feel quite scare to present it in front of others"
fuhhh!!...berpeluh nk cr jurnal...)